Tahun lalu pungutan tiket panggung wayang global mencecah $41.1 bilion (RM 166.5 bilion) menurut laporan terkini Motion Picture Association of America (MPAA). Dari angka ini, kutipan dari pasaran antarabangsa menyumbang $29.2 bilion (~RM 118.3 bilion) manakala kutipan dari Amerika Syarikat/Kanada menyumbang $11.9 bilion (~RM 48.2 bilion). Menarik sekali Malaysia mencatatkan kutipan $0.3 bilion (~RM 1.2 bilion) dan adalah ke-19 tertinggi untuk pasaran antarabangsa sepanjang 2018.

China, Jepun dan UK adalah tiga pasaran dengan kutipan panggung antarabangsa tertinggi. Malaysi dan UAE memasuki carta 20 kutipan panggung tertinggi menggantikan Argentina dan Turki. Apa yang kami rasakan menarik pungutan panggung di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Hong Kong. Indonesi ajuga lebih tinggi berbanding negara kita.

Harus kami tegaskan kutipan panggung ini adalah untuk semua filem yang ditayangkan dan bukan hanya filem keluaran Hollywood. Jelas sekali rakyat Malaysia mempunyai kuasa membeli yang tinggi untuk menonton filem.
Yang menyedihkan ialah majoriti kutipan RM 1.2 bilion tahun lalu adalah untuk filem-filem luar dan bukan tempatan. Menurut angka rasmi dari FINAS, 50 buah filem tempatan mencatatkan kutipan RM 120,334,017 iaitu hanya 10% dari keseluruhan kutipan filem yang ditayangkan.
Filem paling laku ialah Munafik 2 (RM 37,738,463) dan Kak Limah (~RM 36,231,126) manakala kutipan yang paling rendah adalah Awang Gerudi (RM 1,588) dan Mahaguru (RM 2,330) yang kedua-duanya diarahkan oleh pengarah movie gred D terkemuka Z Lokman.