Jika sebelum ini video acah untuk Stranger Things musim ke-3 tidak memperlihatkan sebarang adegan, dan seolah memberi teka-teki kepada penonton untuk diselesaikan.
Namun, video acah kali ini, mempertontonkan pelbagai adegan yang akan disertakan di dalam musim baharu ini. Ia bermula dengan baik, 6 orang sahabat bersama serta mengekalkan kenakalan mereka. Ia berubah pada pertengahan video, apabila diperlihatkan mereka makin rengan atas alasan mereka sudah membesar. Perkara tersebut membuatkan Dustin keseorangan. Mungkin itulah dinamik persahabatan mereka untuk musim ini, akan tetapi yang pasti Dustin masih rapat dengan ‘Dad Steve’.
Video acah ini juga memperlihatkan mereka masih lagi berhadapan masalah dengan kerajaan, dan tidak lupa juga raksasa daripada upside down yang nampak makin mengerikan. Dengan pilihan muzik, serta pelbagai misteri yang dipertontonkan, sudah semestinya membuatkan kami sangat teruja. Oh ya, Billy masih menjadi kegilaan ramai, hati-hati Mrs Wheeler.
Stranger Things musim ke-3 akan dikeluarkan melalui Netflix pada 4 Julai 2019.