Skip to main content

Sony ialah diantara beberapa syarikat yang boleh dikatakan benar-benar serius mengenai teknologi realiti maya mereka. Peranti PSVR mereka seringkali menerima kemaskini baru dari segi perisian dan juga permainan-permainan konsol yang boleh digunakan bersama-sama dengan konsol PlayStation 4.

Terkini, nampaknya Sony dilihat telah memfailkan sebuah paten untuk rekaan peranti realiti maya terbaru mereka. Ia masih lagi didalam rekaan awal, tetapi apa yang menarik disini ialah peranti realiti maya tersebut, yang mungkin akan dinamakan Sony PSVR2 ialah ia dilihat mempunyai sokongan untuk sambungan nirwayar ke konsol permainan Sony.

Butiran yang dapat dilihat di gambarajah yang diberikan melihat kepada peranti realiti maya bersambung secara nirwayar kepada sebuah aksesori yang disambungkan kepada sebuah konsol yang kelihatan seperti sebuah PlayStation 4.

Buat masa ini, masih tiada butiran khusus lagi mengenai peranti realiti maya tersebut, dan samada ia akan menyokong peranti PlayStation 4, kerana buat masa ini, peranti realiti maya nirwayar seperti HTC Vive juga masih memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang berkuasa, disamping sambungan nirwayar dengan kadar penghantaran data yang tinggi dan sela-masa yang rendah untuk digunakan secara berkesan.

Leave a Reply