Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Terbaru Sekiro Kini Tiba – Sejumlah Musuh Bos Diperlihatkan
PC

Video Acah Terbaru Sekiro Kini Tiba – Sejumlah Musuh Bos Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mac 12, 2019 oleh .

Jika anda gemar bermain permainan video yang mencabar seperti Dark Souls dan Bloodborne, Sekiro: Shadows Die Twice pastinya menunggu kehadiran Sekiro: Shadows Die Twice keluaran From Software, yang juga membangunkan permainan siri Dark Souls.

Baru-baru ini, From Software telah hadir dengan video acah terbaru untuk permainan Sekiro, dimana sejumlah musuh bos yang perlu dilawan oleh watak utama permainan tersebut, yang setakat ini masih tidak mempunyai nama lagi.

Apa yang menarik ialah musuh-musuh bos ini hadir dengan pelbagai rekaan yang menarik dan berbeza, termasuklah mereka yang mempunyai rekaan manusia, haiwan, besar dan kecil.

Dalam pada itu video acah ini juga ada menunjukkan sedikit penceritaan mengenai permainan Sekiro, dan nampaknya ia akan hadir dengan jalan cerita yang agak menarik.

Sekiro: Shadows Die Twice akan tiba di konsol Sony PlayStation 4 dan juga Steam pada 22 Mac 2019.


TIPS & ULASAN