Skip to main content

Permainan RPG klasik Diablo boleh dikatakan antara permainan terawal yang memperkenalkan konsep grinding di dalam permainan komputer, dan juga mempunyai jalan penceritaan yang agak gelap.

Permainan komputer tersebut sayangnya terkubur apabila permainan Diablo II, dan Diablo III tiba, dimana permainan ketiga tersebut memperlihatkan jangka hayat yang cukup panjang sekali kerana ia masih berjalan lagi sehingga hari ini.

Bagi mereka yang mempunyai perasaan nostalgia terhadap permainan Diablo yang asal, Blizzard hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mula menjual permainan tersebut di kedai atas talian GOG.

Diablo kini boleh dibeli di GOG pada harga $9.99 (RM40), dan telah dikemaskini untuk membolehkan pengguna bermain dengan kawan-kawan melalui Internet ataupun alamat IP tempatan. Anehnya, walaupun permainan ini perlu disambungkan ke Internet melalui perisian Battle.net, ia tidak dijual di kedai atas talian Blizzard Shop sendiri.

Leave a Reply