Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Bakal Memasuki Arena Realiti Maya Dengan Aksesori Nintendo Labo VR

Nintendo Bakal Memasuki Arena Realiti Maya Dengan Aksesori Nintendo Labo VR

Diterbitkan pada Mac 7, 2019 oleh .

Nintendo dilihat bakal menjinakkan diri mereka dengan realiti maya dengan aksesori Nintendo Labo VR mereka. Sama seperti aksesori Nintendo Labo yang lain, ia diperbuat daripada kadbod, dan pengguna perlu membina peranti tersebut melalui arahan yang diberi.

Apa yang menarik mengenai Nintendo Labo VR ini ialah ia hadir dengan beberapa set aksesori yang boleh digunakan untuk mensimulasikan peranti realiti maya, termasuklah goggle realiti maya, pengawal permainan, kamera, senapang dan topeng gajah, semuanya untuk $79.99 (RM320).

Bagi mereka yang ingin membeli aksesori Labo VR ini pada harga yang lebih murah, Nintendo turut hadir dengan set asas yang hadir dengan goggle dan senapang realiti maya pada harga $39.99 (RM160).

Selain daripada aksesori kadbod Labo, Nintendo Labo VR ini akan turut hadir dengan perisiannya sendiri, yang juga akan membantu para pengguna untuk membina aksesori tersebut.

Aksesori Nintendo Labo VR ini akan hadir di pasaran-pasaran terpilih bermula April 12 kelak.


TIPS & ULASAN