Skip to main content

Anthem ialah permainan penembak terbaru daripada Bioware dan Electronic Arts yang dilihat sering dibelenggu masalah daripada hari ia dilancarkan sehinggalah hari ini. Jika sebelum ini sela masa, waktu loading dan juga jalan cerita yang membosankan adalah isu terbesar permainan tersebut, ia kini nampaknya bakal menjadi semakin teruk untuk kedua-dua syarikat tersebut.

Baru-baru ini, beberapa pemain Anthem membuat aduan bahawa konsol permainan mereka akan tertutup secara tiba-tiba, dan tidak boleh dipasang semula selagi konsol tersebut tidak dicabut daripada soket kuasa. Isu ini pada mulanya dilihat pada pemilik konsol Sony PlayStation 4 sahaja, tetapi kemudiannya ia telah dipastikan bahawa isu ini juga membelenggu pemain-pemain di konsol Microsoft Xbox One.

Isu konsol tertutup apabila bermain permainan Anthem ini cukup serius kerana apabila konsol tersebut dipasang semula, ia akan membuat pemeriksaan pada storan untuk memastikan bahawa data pengguna masih selamat dan boleh digunakan, kerana penutupan konsol tersebut dikira sebagai penutupan yang tidak selamat.

We’re aware of a crashing issue some of you have been reporting for #AnthemGame. We’re investigating and ask that you share your crash data reports when prompted. If you have, we’ll be reaching out to gather info; if not, please reply to this thread on AHQ:https://t.co/36P21YFjYL— EA Help (@EAHelp) March 4, 2019

Setelah banyak aduan dilaporkan melalui laman Reddit dan juga forum EA sendiri, pihak EA nampaknya mula mengambil serius akan aduan-aduan tersebut dan mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyiasat laporan tersebut.

Jika anda sedang bermain permainan Anthem di konsol, adakah anda menghadapi masalah ini?

Leave a Reply