Netflix, Hulu, ABC Studios, masing-masing ada siri TV Marvel yang tersendiri. Siri daripada ABC Studios dan Netflix adalah yang paling senang untuk dikaitkan dengan MCU. Lagi satu syarikat penerbitan yang turut mempunyai siti TV Marvel adalah, Freeform TV dengan siri Cloak & Dagger.
Cloak & Dagger mula disiarkan pada tahun lepas dengan satu musim sahaja. Musim pertama berakhir dengan Cloak dan Dagger temui kuasa baru yang digelar ‘Divine Pairing’ dan perubahan Detective Brigid O’Reilly menjadi Mayhem. Video acah buat musim kedua akhirnya diterbit di Internet, melalui kicauan daripada akaun Twitter rasmi @CloakAndDagger.
Walau bagaimanapun, video acah ini hanya mempunyai beberapa adegan daripada musim pertama dan tidak mempunyai langsung adegan musim kedua. Tetapi, tarikh buat musim kedua turut dikongsikan. Cloak & Dagger musim kedua akan disiarkan di Freeform TV bermula 4 April kelak. Sayang sekali, siri TV ini tidak disiarkan secara global dan hanya terhad di Amerika Syarikat dan untuk tonton anda perlu menggunakan VPN dan akaun sah FreeformTV.