Informasi Permainan Video Terkini
NieR: Automata Game Of The YoRHa Edition Bakal Tiba Bulan Ini – Berharga RM159

NieR: Automata Game Of The YoRHa Edition Bakal Tiba Bulan Ini – Berharga RM159

Diterbitkan pada Feb 1, 2019 oleh .

Sebelum ini kami berkongsi yang mana Square-Enix bakal melancarkan permainan NieR: Automata Game Of The YoRHa Edition pada bulan Februari ini. Kini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan tersebut buat pasaran Malaysia bermula 21 Februari ini.

Menurut Sony, permainan tersebut akan dilancarkan secara fizikal dengan harga RM169 manakala versi digital pula akan berharga RM159. Menurut Sony, ianya boleh dibeli bermula 21 Februari kelak melalui pengedar rasmi Playstation.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, edisi ini akan menyertakan kandungan DLC yang dilancarkan oleh Square-Enix sebelum ini iaitu DLC 3C3C1D119440927 yang mana ianya meneyertakan pelbagai kostum Pod, aksesori topeng dan dua tema Playstation 4 bersama set avatar.

NieR: Automata adalah permainan aksi yang dibangunkan oleh Platinum Games dan dilancarkan oleh Square-Enix pada 2017 lepas. Kini melalui edisi Game Of The YoRHa Edition, ianya kini adalah edisi lengkap buat permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN