Informasi Permainan Video Terkini
Marvel Dilaporkan Berada Di Fasa Awal Membangunkan Filem ‘Young Avengers’

Marvel Dilaporkan Berada Di Fasa Awal Membangunkan Filem ‘Young Avengers’

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Avengers: End Game adalah filem terakhir buat fasa ketiga filem MCU. Ia adalah pengakhiran buat pasukan Avengers dan fasa keempat adalah fasa baru buat MCU dan mana-mana yang tidak terkorban perlu teruskan kehidupan.

Spider-Man: Far From Home buat masa ini adalah satu-satunya filem yang sudah kita tahu butirannya dan filem ini berada di dalam fasa keempat. Filem lain yang dikatakan ada dalam fasa keempat adalah Guardian of The Galaxy vol. 3 yang masih tidak diketahui apa nasibnya. Terkini, menurut sumber – Marvel sudah berada di peringkat awal dalam membangunkan pasukan Avengers yang baru. Pasukan ini adalah berdasarkan komik ‘Young Avengers‘. Mereka adalah adiwira generasi baru dalam dunia MCU.

Young Avengers terdiri daripada; Hawkeye (versi wanita – Kate Bishop), Hulkling (Spesis separa Skrull, separa Kree – boleh bertukar kepada makhluk seakan Hulk), Iron Lad (Adiwira baru, inspirasi dari Iron Man), Patriot (Seakan Captain America, kuasa diperoleh dari sejenis dadah), Wiccan (kuasa elektrokinetik), Stature (Pengganti Ant-Man) dan Vision (versi baru). Buat masa ini, hanya Stature sahaja yang telah disahkan adalah salah seorang daripada pelakon Young Avengers. Stature dilakonkan Emma Fuhrmann dan turut terlibat dalam Avengers: End Game.

Butiran lanjut mengenai filem ini masih belum disahkan. Ia mungkin akan digelar sebagai New Avengers atau Young Avengers. Masih lama lagi untuk kita ketahui masa depan buat New Avengers. Mungkin kita akan tahu lebih lanjut selepas Avengers: End Game atau Spider-Man: Far From Home nanti.


TIPS & ULASAN