Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Spider-Man: Far From Home – Sut Baru, Mysterio & Musuh Diperlihatkan

Ini Adalah Video Acah Spider-Man: Far From Home – Sut Baru, Mysterio & Musuh Diperlihatkan

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Spider-Man: Homecoming adalah filem pertama Spider-Man untuk dunia MCU. Filem ini sudah pun 2 tahun berlalu dan peminat Marvel, MCU serta Spider-Man menanti-nantikan sekuelnya. Hari ini, akhirnya video acah pertama telah diterbit di sosial media dan YouTube.

Spider-Man: Far From Home adalah sekuel buat Spider-Man: Homecoming. Dalam video acah ini, ia memperlihtakan Peter Parker yang ingin bercuti dengan sahabat beliau Ned dan Zendaya ke Eropah. Sedang berseronok bercuti, Nick Fury muncul untuk minta bantuan. Ya, Nick Fury! Ini bermakna latar masa filem ini adalah selepas Avengers: End Game. Selain daripada itu, Mysterio akhirnya kita ketahui bagaimana rupa Jake Gyllenhaal dalam sut watak antagonis ini. Tetapi, seperti yang kami maklumkan sebelum ini – Mysterio dalam filem ini bukan penjahat tetapi rakan adiwira Spider-Man.

Musuh utama adalah The Elementals dan dalam video acah ini kita lihat musuhnya menggunakan elemen-elemen alam seperti air, api atau batu untuk memusnahkan bandar Eropah atas sebab yang kita tidak tahu lagi. Sut baru Spider-Man dengan kepak serta sut Stealth (mirip sut Noir) turut kelihatan. Mariah Hill juga turut kelihatan sekali imbas bersama-sama dengan Nick Fury. Kemudian sedikit elemen komedi turut kelihatan antara Aunt May dan Happy Hogan turut dapat kita lihat dalam video acah ini.

Bagaimanakah Spider-Man dan Mysterio akan menentang The Elementals dan bagaimana Nick Fury berjaya ‘ajak’ Mysterio untuk bantu Spider-Man? Kita akan tahu dalam filemnya akan datang. Spider-Man: Far From Home yang melibatkan pelakon hebat seperti Tom Holland, Jacob Batalon, Zendaya, Jake Gyllenhaal, Samuel L. Jackson, Cobie Smoulders dan ramai lagi – akan ditayangkan pada tahun ini 5 Julai.


TIPS & ULASAN