Skip to main content

Kita sudah tahu dari tahun lepas lagi yang mana, permainan video Uncharted akan diadaptasi kepada satu filem daripada Sony. Walau bagaimanapun, ia tidak akan diadaptasi secara terus dan pasti akan ada perubahan.

Terkini, pengarah filem ’10 Cloverfield Lane’ – Dan Trachtenberg diumumkan akan menggantikan Shawn Levy sebagai pengarah buat filem Uncharted. Filem Uncharted ini akan dilakonkan oleh Tom Holland yang mana akan membawa watak Nathan Drake. Drake ialah watak utama dalam permainan video ini. Fokus kepada filem ini hanya bermula selepas kejayaan Tom Holland dalam Spider-Man: Homecoming.

Sony akan bekerjasama dengan Arad dan Atlas Entertainment Production untuk menghasilkan filem ini. Tarikh produksi buat filem ini belum pasti, kerana jadual Tom Holland untuk Spider-Man: Far From Home masih belum diketahui. Tetapi ia berkemungkinan akan bermula tahun ini.

Leave a Reply