Guardians of the Galaxy adalah filem Marvel dalam MCU yang agak menarik. Ia mengisahkan satu pasukan yang menjaga angkasa. Bertempur dengan pelbagai musuh untuk menjaga keamanan angkasa. Salah seorang/makhluk dalam pasukan ini adalah Groot dan dalam artikel ini ada sedikit kisah sebelum Groot dalam filem dihasilkan.

Groot adalah makhluk asing daripada spesis seakan pokok. Ia hanya boleh bercakap antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Groot. Bahasa Groot ini pula tidak mempunyai perkataan lain, selain daripada Groot. Terkini, pembangun visual Marvel Studios – Charlie Wen menerbit gambar konsep asal Groot di Instagram beliau. Gambar konsep ini dilihat sedikit mengerikan dan boleh dikatakan kelihatan agak ‘tua’ dan hodoh. Charlie Wen menggelar konsep ini sebagai FrankenGroot kerana ia mirip dengan raksasa Frankenstein.

Konsep FrankenGroot ini adalah inspirasi daripada komik
Tales to Astonish siri ke-13. Ia adalah komik di mana Groot tampil buat pertama kalinya dan dalam komik ini, Groot adalah penjahat. Tapi, syukur – konsep ini tidak digunakan kepada filem dan versi dalam filem nampaknya adalah visual yang terbaik. Dalam Guardians of the Galaxy Vol.2, Baby Groot pula muncul. Ia adalah Groot yang tumbuh semula dan comel. Untuk Avengers: Infinity War, Teen Groot pula muncul – di mana ia memperlihatkan betapa pantasnya tumbesaran Groot dan membesar untuk kembali menjadi Groot yang normal.

Disebabkan tiada berita rasmi untuk Guardian of the Galaxy Vol. 3, kita akan lihat kemunculan Groot semula dalam Avengers: End Game pada bulan April kelak.