Sedar atau tidak filem Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah berumur lebih 10 tahun. Filem MCU bermula pada tahun 2008 dengan Iron Man pertama. Pada ketika itu, Rhodey atau yang dikenalo sebagai War Machine dilakonkan oleh Terrence Howard – bukannya Don Cheadle. Filem ini berterusan selama 10 tahun dan fasa ketiga sudah hampir tamat.

Sempena menyambut 10 tahun pertama filem-filem MCU, dua poster telah dihasilkan. Poster pertama memfokuskan semua adiwira yang pernah muncul dalam dalam filem. Manakala, poster kedua memperlihatkan semua penjahat/musuh/watak antagonis yang pernah muncul.

Dua poster ini dihasilkan oleh John Guydo dari Bottleneck Gallery. Ia turut dijual kepada umum dengan tanda harga $50 sekeping atau dua-dua keping $95. Saiz poster ini adalah 18 x 36 inci. Captain Marvel dan Avengers End Game yang akan ditayangkan pada bulan Mac dan bulan April ini adalah dua filem terakhir fasa ketiga MCU.