Informasi Permainan Video Terkini
Neil Druckmann Kini Naib Presiden Buat Syarikat Naughty Dog

Neil Druckmann Kini Naib Presiden Buat Syarikat Naughty Dog

Diterbitkan pada Mac 10, 2018 oleh .

Naughty Dog, iaitu pembangun permainan The Last Of Us dan siri Uncharted hari ini berkongsi yang mana penulis dan pengarah kreatif, Neil Druckmann kini dinaikkan pangkat kepada naib presiden bagi syarikat tersebut. Neil Druckmann yang mana sebelum ini terlibat dengan pembangunan permainan The Last Of Us dan Uncharted 4: A Thief’s End telah berkhidmat melebihi 14 tahun di Naughty Dog.

Menurut Evan Wells, melalui blog rasmi Naughty Dog, Neil Druckmann merupakan sebahagian penting bagi Naughty Dog dimana mereka berbangga untuk mengiktiraf jasa beliau terhadap syarikat tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa Neil Druckmann juga masih lagi bertanggung jawab terhadap permainan The Last Of Us Part II sebagaiĀ pengarah kreatif.

Selain pengumuman jawatan baru Neil Druckmann, Naughty Dog juga berkongsi yang mana Anthony Newman dan Kurt Margenau juga kini pengarah bersama bagi permainan The Last Of Us Part II. Selain itu Emilia Schatz dan Richard Cambier pula memegang jawatan pereka utama bagi permainan tersebut.

Kami di Aksiz ingin mengucapkan tahniah buat Naughty Dog atas pengumuman ini dan kami juga tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan The Last Of Us Part II.


TIPS & ULASAN