Informasi Permainan Video Terkini
Permua RPG Adiwira DC Akan Hadir Tidak Lama Lagi – Pra-Daftar Hari Ini

Permua RPG Adiwira DC Akan Hadir Tidak Lama Lagi – Pra-Daftar Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Permainan berbentuk pergaduhan bukan sesuatu yang baru. Bagi para peminat adiwira DC seperti Superman, Batman, Joker dan sebagainya – kini pihak Warner Bros bakal hadir dengan sebuah permua berbentuk pergaduhan baru dinamakan sebagai DC Unchained.

DC Unchained

Melalui DC Unchained, ia menawarkan genre permainan RPG, dimana anda perlu menubuhkan pasukan yang terdiri daripada tiga watak adiwira, dan menyelesaikan beberapa misi dalam mengatasi pihak lawan. Selain daripada itu, permua ini juga akan menawarkan sokongan permainan atas-talian untuk membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan dan pemain lain.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat hari ini, dan menerima beberapa kandungan tambahan apabila ia dilancarkan kelak.

Pradaftar : DC Unchained untuk Android


TIPS & ULASAN