Informasi Permainan Video Terkini
Jurassic World : Alive Akan Datang Dengan Bentuk Permainan Seumpama Pokemon Go

Jurassic World : Alive Akan Datang Dengan Bentuk Permainan Seumpama Pokemon Go

Diterbitkan pada Mac 8, 2018 oleh .

Permainan Pokemon Go sebelum ini telah mempopularkan bentuk permainan AR, dan sejak daripadanya beberapa permainan lain turut telah diumumkan dengan ciri permainan lebih kurang sama. Terkini, selari dengan filem Jurassic World : Fallen Kingdom akan datang, sebuah permua baru turut diumumkan dengan konsep permainan sama seperti Pokemon Go, dinamakan Jurassic World : Alive.

Jurassic World Alive

Melalui Jurassic World : Alive, pengguna boleh mengumpulkan dinasour yang berada di sekitar mereka, selain pada masa yang sama merakamkan gambar dinasour melalui penggunaan AR. Pemain juga turut boleh meningkatkan tahap dinasour mereka, dan berlawan dengan pemain lain dalam permainan ini.

Jurassic World : Alive ini akan dilancarkan untuk Android dan iOS, serta dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi. Bagi pengguna Android juga, anda boleh membuat pendaftaran minat hari ini di Google Play Store.

Daftar Minat : Jurassic World : Alive untuk Android


TIPS & ULASAN