Skip to main content

Power Rangers merupakan salah satu siri televisyen yang mempunyai peminat ramai di seluruh dunia. Sebelum ini, kita telah melihat filem Power Rangers hadir ke pawagam, selain integrasi beberapa elemen Power Rangers pada permainan lain.

Kini, sebuah permua Power Rangers turut sedang dibangunkan dan telah mula diuji dalam bentuk beta tertutup.

Dibangunkan oleh Nexon, permainan ini dinamakan sebagai Power Rangers : RPG. Melaluinya, ia membolehkan anda bermain dalam sepasukan Power Rangers, dan perlu membunuh musuh dan menyelesaikan pelbagai misi. Anda juga perlu mengumpulkan watak Power Rangers yang lain untuk melengkapkan ahli pasukan anda.

Seperti pelbagai permainan percuma lain, Power Rangers : RPG ini turut hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah permua ini akan dilancarkan secara rasminya kepada semua pemain seluruh dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=-L2g_mtYkbo

Leave a Reply