Wild Guns Reloaded Bakal Tiba Untuk Nintendo Switch Pada 17 April Ini

Kini Natsume hadir dengan permainan video Wild Guns Reloaded bagi keluaran Nintendo Switch pada 17 April ini. Sebelum ini, seperti yang umum ketahui permainan ini telah berada di pasaran bagi konsol Playstation 4 dan Steam pada Disember 2016.

Bagi keluaran konsol Switch, permainan ini telah menawarkan mod baru iaitu mod Beginner. Khusus kepada pemain yang pertama kali ingin mencuba permainan Wild Guns Reloaded dengan menggunakan gaya penembak arked tanpa sebarang had jangkahayat. Manakala, mod Boss Rush pula diperkenalkan untuk pemain ketika bertempur dengan ketua musuh secara berperingkat dan berterusan.

Permainan ini merupakan penambah-baikkan daripada permainan Wild Guns terdahulu yang telah dikeluarkan Natsume pada tahun 1994. Bagi penambah-baikkan keluaran kali ini, mereka memperkenalkan dua watak baru kepada pemain iaitu Clint dan Annie. Permainan ini menceritakan watak Annie yang telah mengesan pengumpul harta karun terkenal Clint yang ingin membalas dendam terhadap kumpulan Kid. Berhubung dengan pengembaraan tersebut, terdapat 8 peringkat permainan yang perlu dilalui setiap pemain dengan 3 zon persekitaran yang berbeza.

Kedua-dua watak baru Wild Guns Reloaded ini mempunyai kelebihan seperti berenang, melompat, mengguling serta terbang untuk mengelak daripada terkena serangan musuh. Pemain juga boleh menjatuhkan musuh dengan melakukan serangan tembak balas kepada mereka. Seterusnya, permainan ini juga telah diklasifikasikan sebagai galeri pantas yang mengabungkan pelbagai jenis penembak yang terdiri daripada Wild West dan steampunk.

Buat peminat konsol Switch jangan lepaskan peluang ini untuk merasai permainan Wild Guns Reloaded pada April nanti.

Sohor Kini