Humble Bundle sedia popular dengan penawaran pelbagai permainan menarik pada harga rendah. Terkini, untuk tempoh dua minggu bermula hari ini, Humble Bundle menawarkan permainan Humble Brawler Bundle yang membawa sejumlah permainan genre berlawan atau bergaduh.
Pada nilai sumbangan minima $1, tiga permainan ditawarkan, iaitu Guilty Gear XX Acore Core Plus R, BlazBlue : Continuum Shift Extend, dan juga Skullgirls.
Pada nilai sumbangan purata ($5.50 ketika artikel ini ditulis), anda akan turut menerima dua lagi permainan tambahan, iaitu Arcana Heart 3 Love Max, dan juga Street Fighter X Tekken.
Dan akhir sekali, pada nilai sumbangan $9, anda akan menerima dua lagi permainan tambahan, iaitu Guilty Gear Xrd -Sign- dan juga Rivals of Aether.
Bagi anda yang meminati genre permainan berbentuk berlawan ini, anda boleh mendapatkan Humble Brawler Bundle.