Creative Assembly hari ini mengumumkan pek penambahan terbaru untuk Total War: Rome 2 iaitu Desert Kingdoms. Pek ini akan dikeluarkan pada 8 Mac dengan harga RM23, bermula hari ini sehingga 8 Mac anda boleh membelinya dengan harga promosi RM20.70.
Pek ini akan memperkenalkan 4 puak baru iaitu Kush, Saba dan Nabatea yang berdasarkan budaya Afrika/Arab manakala Masaesyli berasal dari Numidian.
Penambahan percuma juga akan hadir bersama yang menambah watak-watak perempuan ke dalam setiap puak dan tentera. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pek penambahan ini anda boleh melayari pautan ini.
[info]Steam: Pek Penambahan Desert Kingdoms[/info]