Microsoft hari ini telah pun melancarkan Age of Empires : Definitive Edition untuk pengguna Windows 10 seluruh dunia, sekaligus membolehkan para peminat siri permainan strategi popular ini memainkan semula permainan asal dengan pelbagai penambah-baikkan dari segi grafik.
Mengekalkan ciri permainan awal, ia hadir dengan sekitar 16 tamadun untuk diterokai. Age of Empires : Definitive Edition ini hadir dengan sokongan resolusi 4K melalui grafik yang ditambah-baik dan diperkemas, selain sokongan audio dan kawalan permainan yang diberikan nafas baru.
Microsoft juga turut menambah sokongan Xbox Live pada permainan ini untuk memudahkan anda bermain multi-pemain, serta bersaing dengan rakan-rakan lain.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Age of Empires : Definitive Edition ini pada harga RM78 hari ini melalui Microsoft Store. Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan variasi permainan sama untuk Age of Empires II dan Age of Empires III.