PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG telah mencipta fenomena sejak pengenalan pada tahun lepas, dan bersama-sama pelancaran PUBG 1.0 sebelum ini, mereka telah memperkenalkan peta permainan yang serba baru dinamakan Miramar.
Kini, berkongsi lanjut mengenai perkembangan permainan berkenaan, Bluehole menjanjikan mereka akan memperkenalkan peta permainan baru untuk PUBG pada pertengahan pertama 2018 ini.
Pembangunnya dijangka berkongsi lanjut mengenai peta permainan baru ini menjelang bulan Mac 2018 kelak.
Buat masa ini, PUBG menawarkan dua peta permainan, iaitu Erangel dan juga Miramar – dan pengguna boleh memainkannya secara rawak, tanpa boleh membuat pilihan.
Setiap peta permainan juga menawarkan kaedah dan perancangan berbeza dalam memastikan anda memenangi sesuatu permainan berkenaan.
Selain peta baru, pembangun PUBG turut akan berkongsi pembangunan dan perancangan kandungan untuk permainan berkenaan pada Mac 2018 ini.