Informasi Permainan Video Terkini
Vainglory Memperkenalkan Mod Permainan 5v5 Untuk Semua Pemain Seluruh Dunia

Vainglory Memperkenalkan Mod Permainan 5v5 Untuk Semua Pemain Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Feb 13, 2018 oleh .

Vainglory, salah satu permainan MOBA popular pada peranti mudah-alih kini telah mula memperkenalkan mod permainan 5-lawan-5 kepada semua pemain seluruh dunia.

Vainglory 5v5

Dengan pengenalan mod baru ini, ia sekaligus mengubah bagaimana Vainglory dimainkan dan strategi disebaliknya – yang mana boleh dikatakan berbeza dengan mod 3-lawan-3. Pengguna ditawarkan dengan peta permainan yang lebih luas, beberapa perubahan pada barangan yang boleh dibeli, dan pada masa yang sama kombinasi pasukan yang kini mencapai lima orang.

Bagi anda yang memainkan permainan Vainglory, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati mod permainan serba baru ini hari ini.