Informasi Permainan Video Terkini
Mod 5-lawan-5 Vainglory Akan Dilancarkan Untuk Semua Pada 13 Februari

Mod 5-lawan-5 Vainglory Akan Dilancarkan Untuk Semua Pada 13 Februari

Diterbitkan pada Feb 11, 2018 oleh .

Vainglory merupakan salah satu permua MOBA popular yang diterbitkan oleh Super Evil Megacorp. Ia terkenal dengan permainan 3-lawan-3, dengan rekaan grafik yang sangat cantik dan kawalan bebas pada skrin sentuh – berbeza dengan pelbagai permua berbentuk MOBA yang lain. Selepas sekian lama menawarkan permainan 3-lawan-3, kini mereka turut akan melancarkan mod 5-lawan-5 kepada umum.

Mod 5-lawan-5 ini telah ditawarkan untuk segelintir pengguna sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini pembangunnya turut telah bersedia untuk melancarkannya kepada umum.

Mod 5-lawan-5 ini akan dilancarkan pada 13 Februari 2018 kelak untuk umum, sekaligus akan membuka mod permainan serba baru dengan rekaan peta yang dikemaskini kepada semua.

Bersama-sama pengenalan mod baru ini juga, ia akan membawa kepada beberapa perubahan pada acara e-sukan Vainglory Premier League yang dijangka bermula pada bulan Jun kelak.

Bagi anda yang meminati permainan MOBA seperti Mobile Legends, Arena of Valor dan sebagainya, jangan ketinggalan dalam mencuba Vainglory 5v5 ini bermula 13 Februari kelak.


TIPS & ULASAN