Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Hari Ini : The Red Solstice
PC

Permainan Percuma Hari Ini : The Red Solstice

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

The Red Solstice merupakan salah satu permainan aksi dan strategi menarik yang telah dilancarkan pada 2015 yang lepas. Ia mengambil latar cerita pada tahun 2280, dimana beberapa manusia yang terselamat daripada kehancuran Bumi mencari kawasan hidup baru di Marikh. Namun, mereka menghadapi cabaran dan pelbagai halangan disana, yang memerlukan mereka berjuang untuk terus hidup di planet baru berkenaan.

The Red Solstice

Pembangun permainan ini menawarkan permainan ini secara percuma untuk tempoh 48 jam ini. Ia ditawarkan secara percuma kerana pembangunnya ingin melancarkan sekuel untuk permainan ini tidak lama lagi.

Bagi anda yang mempunyai akaun Steam, boleh menebus permainan ini secara percuma dan memainkannya hari ini.

Muat-Turun : The Red Solstice


TIPS & ULASAN