Nama X-Files mungkin bukan sesuatu yang asing bagi anda yang meminati kisah misteri dan paranormal. X-Files dahulunya adalah sebuah siri-TV popular yang mengisahkan siasatan berkaitan kisah misteri dan paranormal yang melibatkan dua orang detektif.

Selepas hanya disiarkan dalam bentuk siri-TV sahaja, kini ia turut ditawarkan dalam bentuk permua untuk Android dan juga iPhone.

Pengguna boleh memuat-turun permainan ini, dan memainkan pada telefon pintar anda sebagai agen penyiasat khas yang menyiasat pelbagai kisah misteri dan paranormal.

X-Files Games

Anda akan memainkan watak penyiasat khas yang perlu mengumpulkan pelbagai bahan dan menyelesaikan tekaria untuk menangkap suspek.

Permua ini ditawarkan secara percuma, tetapi seperti biasa, hadir dengan sokongan pembelian dalam aplikasi.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkan permua The X-Files ini hari ini.

Muat-Turun The X-Files : Deep State untuk Android

Muat-Turun The X-Files : Deep State untuk iPhone

Sohor Kini