Skip to main content

Melalui kuciran di akaun Twitter rasmi mereka, PUBG berkongsi grafik-info yang menunjukkan data-data yang menarik untuk PUBG semasa permainan ini berada di dalam akses awal.

Antara yang dikongsi adalah, sepanjang akses awal PUBG terjual sebanyak 26 juta salinan dan mencatat jumlah pemain serentak sebanyak 3 juta pemain. Sepanjang akses awal ini juga 130 juta chicken dinner telah diberikan kepada pemain. Bagi kami paling menarik adalah 13 juta pemain mati dibunuh menggunakan kuali. Pelbagai lagi data yang menarik boleh ditengok di bawah.

 

Leave a Reply