Skip to main content

Rockstar hari ini mengumumkan acara terbaru buat permainan multi-pemain Grand Theft Auto Online (GTA Online) yang menyertakan pelbagai bonus berganda dan juga kenderaan baru.

Acara ini akan menyertakan ganjaran bonus berganda bagi mata wang permainan tersebut dan juga markah reputasi permainan RP. Ganjaran berganda bonus ini akan disertakan di dalam mod permainan Motor Wars, Slashers, Occupy dan Hardest Target. Tambahan juga, Rockstar juga mengumumkan sebilangan diskaun buat kenderaan dan senjata yang pemain boleh dapatkan dengan harga yang murah.

Selain itu, kenderaan baru Canis Kamacho juga akan disertakan dan jgua pemain berpeluang untuk mendapatkan Tshirt Ammu-Nation secara percuma.

Bagi anda yang masih bermain GTA Online, ini merupakan peluang yang baik untuk anda mengumpul wang dan markah reputasi dengan banyak bermula hari ini sehingga 12 Februari ini sahaja.

GTA Online adalah permainan multi-pemain yang merupakan mod tambahan bagi permainan GTAV yang dilancarkan 2013 lepas. Ia boleh dimainkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply