Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Hadir Dengan Penawaran Berkas Xbox One S Edisi PUBG

Microsoft Hadir Dengan Penawaran Berkas Xbox One S Edisi PUBG

Diterbitkan pada Feb 7, 2018 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk pengeluar konsol untuk hadir dengan edisi khusus yang menyertakan sesuatu permainan khusus. Selari dengannya, kini Microsoft telah pun memperkenalkan konsol Xbox One S dengan berkas permainan PlayerUnkown’s Battlegrounds.

Melalui berkas permainan khusus ini, ia hadir dengan konsol Xbox One S 1TB, selain dilengkapi dengan salinan permainan PUBG secara percuma bersama dengannya.

Xbox One S PUBG

Tiada sebarang perbezaan rekaan khusus dan tema yang ditawarkan bersama-sama dengannya, selain hanya perbezaan pada kotak konsol berkenaan.

Xbox One S edisi khusus ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dan tidak mustahil untuk kita melihat penjual tempatan untuk mengimport dan menjualnya untuk peminat tempatan. Sehingga kini, pihak Microsoft masih mendiamkan diri berkaitan penawaran konsol Xbox secara rasmi untuk pasaran Malaysia.