Pada hari ini, kita telah melihat sejumlah permainan berbentuk seumpama PUBG – dimana memfokuskan genre Battle Royale, dan memerlukan pemain berlawan dengan sejumlah pemain lain dan menjadi yang paling terakhir kekal hidup. Kini, dengan konsep yang sama, salah satu permainan baru yang sedang dibangunkan adalah NotMyCar, atau singkatannya NMC.
Apa yang membezakannya adalah berbanding menggunakan watak manusia, untuk NotMyCar, pemain akan mengawal kenderaan yang dilengkapi senapang dan sebagainya. Seperti biasa, anda akan dijatuhkan melalui payung terjun, dan perlu memusnahkan pelbagai kenderaan lain dan menjadi pemain terakhir yang kekal hidup.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah permainan ini akan dilancarkan secara rasminya. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat pada laman web rasminya, dan berpeluang menjadi antara yang terawal menguji permainan ini kelak.
Getting ready for tonight’s live stream playtest, but all we wanna do is play! Tune in at 6pm PST on https://t.co/33UzoL55DD pic.twitter.com/rWgeTZZBqd
— notmycar (@nmcstudios) February 2, 2018