Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball FighterZ Telah Diedarkan Dan Dijualkan Secara Digital Melebihi 2 Juta Unit
PC

Dragon Ball FighterZ Telah Diedarkan Dan Dijualkan Secara Digital Melebihi 2 Juta Unit

Diterbitkan pada Feb 2, 2018 oleh .

Bandai Namco minggu ini mengumumkan bahawa permainan Dragon Ball FighterZ telah diedarkan dan dijual secara digital melebihi 2 juta unit. Ini juga merupakan kejayaan besar dan pertama kalinya permainan Dragon Ball mencapai nilai tersebut dalam tempoh masa yang singkat.

Dengan kejayaan ini juga kami percaya permainan ini akan dijualkan dengan lebih banyak kandungan pada masa akan datang. Tambahan dengan bentuk permainan perlawanannya yang pantas, kami percaya peminat amat menyukai permainan tersebut.

Dragon Ball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini telah dilancarkan pada 26 Januari 2018 lepas khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN