Skip to main content

Koei Tecmo hari ini mempertontonkan trailer terbaru buat permainan akan datang mereka, iaitu Attack On Titan 2 yang mana kali ini trailer tersebut memaparkan sebilangan bentuk pertempuran yang bakal boleh dimainkan oleh pemain kelak.

Attack On Titan 2 kini mempunyai sebilangan kemaskini dari segi bentuk pertempuran berbanding permainan asalnya yang dilancarkan pada 2016 lepas. Antara bentuk pertempuran yang dikongsikan oleh Koei Tecmo adalah kali ini pemain akan menggunakan fungsi Omni-Directional lebih meluas dimana pemain boleh membuat serangan khas dan juga serangan penghabisan. Pemain juga berpeluang untuk memanggil teman untuk memberi bantuan dari segi barangan dan sebagainya.

Menariknya juga, sebilangan watak-watak di dalam permainan tersebut akan berupaya untuk menukar menjadi “Titan” dan bertempur dengan gergasi lain. Disamping itu, pemain juga boleh menangkap gergasi-gergasi musuh dan membawa pulang ke sebagai proses penyelidikan

Attack On Titan 2 merupakan permainan yang diadaptasikan dari siri anime Attack on Titan yang sangat terkenal. Permainan ini merupakan sekuel untuk permainan Attack On Titan: Wings Of Freedom yang dilancarkan pada 2016 yang lepas. Attack On Titan 2 akan dilancarkan pada 20 Mac 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply