Skip to main content

Bersempena dengan pelancaran permainan Monster Hunter World hujung minggu lepas, Sony Interactive Entertainment mengadakan sebilangan promosi buat langganan Playstation Plus dimana dengan setiap pembelian langganan Playstation Plus selama 12 bulan, pembeli akan mendapat tambahan 3 bulan langganan secara percuma.

Terdapat 3 langkah yang mana pengguna dapat menebus promosi tersebut dengan setiap pembelian langganan Playstation Plus selama 12 bulan.

Langkah pertama adalah dengan membeli kad hadiah langganan Playstation Plus edisi Monster Hunter World yang mana ia dijual dimana-mana pengedar rasmi Playstation ataupun Sony Centre dengan harga RM129. Setiap pembelian kad hadiah tersebut akan disertakan bersama langganan Playstation Plus selama 12 bulan tambahan 3 bulan tambahan secara percuma.

Langkah kedua adalah membeli sebarang kad langganan Playstation Plus selama 12 bulan dimana-mana kedai 7-Eleven dengan harga RM129. Namun untuk mendapat langganan tambahan 3 bulan Playstation Plus secara percuma, pengguna perlu menebus kod tersebut sebelum 6 Februari.

Langkah ketiga adalah membeli langganan Playstation Plus selama 12 bulan secara digital melalui PSN Store dengan harga RM129. Bagi anda yang membelinya secara digital, anda akan mendapat 3 bulan langganan tambahan secara bersama sehingga 7 Februari ini sahaja.

Pada masa yang sama, Sony Interactive Entertainment juga menghasilkan iklan khas “Connect The World” yang menyertakan artis BIGMAN dan KRNFX dimana mereka mempersembahkan muzik-muzik latar daripada permainan seperti Monster Hunter World, Call Of Duty: WWII dan Crash Bandicoot.

Jangan lepaskan peluang anda untuk membeli langganan Playstation Plus selama 12 bulan dan mendapat 3 bulan tambahan secara percuma bermula hari ini sehinggalah 6 Februari ini.

Leave a Reply