Informasi Permainan Video Terkini
God Of War Edisi Terhad “Stone Mason” Tertiris Di Laman Gamestop

God Of War Edisi Terhad “Stone Mason” Tertiris Di Laman Gamestop

Diterbitkan pada Jan 17, 2018 oleh .

Pada E3 2016 lepas, Sony mengumumkan permainan baru buat siri God Of War bakal tiba awal 2018 ini. Dengan semakin hampirnya tarikh pelancaran bagi permainan tersebut, tampaknya laman kedai atas-talian di Amerika Syarikat baru-baru ini tertiris bahawa edisi terhad bagi permainan akan datang God Of War akan dilancarkan dengan nama “Stone Mason Edition”.

Menurut laman Gamestop, permainan edisi terhad tersebut akan berharga $149.99(~RM595) dan ia akan menyertakan pelbagai kandungan daripada permainan tersebut termasuklah figura khas Kratos dan anaknya Atreus yang bersaiz 9 inci. Selain itu, ia juga akan menyertakan:

  • Cincin Stone Mason
  • Rantai kunci kepala Mimir
  • Ukiran kuda dan troll bersaiz 2 inci
  • Perisai Defender of the Chosen
  • Steelbook bersama permainan God Of War
  • Ukiran Nuldra Brothers bersaiz 2 inci
  • Litnograph ekslusif
  • Peta kain

Menariknya, selain kandungan fizikal, ia juga akan menyertakan sebilangan kandungan fizikal tema Playstation 4, buku seni digital permainan God Of War dan kelengkapan set perisai.

Namun begitu, edisi terhad permainan God Of War ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh Sony Interactive Entertainment dan mungkin juga Sony akan menyertakan kandungan lain ataupun tidak akan melancarkannya secara rasmi. Namun, dengan permainan yang God Of War kini kembali sejak pelancarannya di Playstation 3 pada tahun 2010, kami yakin Sony mungkin akan mengumumkannya secara rasmi bersama tarikh pelancaran permainan tersebut.