Warner Bros. Interactive Entertainment hari ini mengumumkan permainan Scribblenauts Showdown bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan Nintendo Switch. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 9 Mac ini dengan sebilangan bentuk permainan yang baru.

Antara bentuk permainan yang diumumkan adalah perkenalan untuk dua mod parti dimana permainan ini akan menyertakan mod multi-pemain sehingga empat pemain. Dimana mod pertama, iaitu Showdown mode akan meletakkan pemain sehingga empat pemain untuk bertempur melalui pertempuran strategi melalui kad dan kreativiti. Versus mode juga diumumkan oleh mereka dengan pelbagai kandungan sehingga 25 mini-permainan yang pemain dapat lakukan bersama pemain-pemain lain.

Seperti biasa, Sandbox Mode juga kembali buat permainan Scribblenauts Showdown yang mana pemain berupaya untuk memanggil pelbagai jenis objek untuk mendapat Starites dan kejayaan. Seperti permainan Scribblenauts sebelum ini, pemain berupaya untuk meletakkan pebagai objek dengan menulis di kamus permainan tersebut dan biar imaginasi pemain mengambil alih permainan tersebut.

Bagi anda yang mencari permainan untuk dimainkan bersama keluarga anda pada bulan Mac ini, Scribblenauts Showdown merupakan pilihan yang terbaik dengan pelbagai bentuk permainan baru yang diumum terutamanya keupayaan multi-pemain yang pasti akan menghiburkan anda seisi keluarga.

Sohor Kini