Informasi Permainan Video Terkini
Promosi Jualan PSN Store Diskaun Sebanyak 80% Berlangsung Hari Ini Sehingga 24 Januari

Promosi Jualan PSN Store Diskaun Sebanyak 80% Berlangsung Hari Ini Sehingga 24 Januari

Diterbitkan pada Jan 16, 2018 oleh .

Hari ini, Sony Interactive Entertainment mengadakan sekali lagi promosi jualan di PSN Store dengan sebilangan permainan dengan diskaun sebanyak 80%. Promosi jualan ini bermula hari ini sehingga 24 Januari ini dan kesemua permainan yang ditawarkan mempunyai diskaun sebanyak 80%

Berikut adalah senarai permainan yang ditawarkan:

  • Mortal Kombat X – RM211.00 RM42.20
  • Mortal Kombat XL – RM250.00 RM50.00
  • Alienation – RM84.00 RM16.80
  • Little Big Planet – RM89.00 RM17.80
  • Limbo – RM36.00 RM7.20
  • Mad Max – RM231.00 RM46.20
  • Dirt Rally – RM210.00 RM42.00
  • Deadlight: Director’s Cut – RM69.00 RM13.80
  • Uppers (PSVita) – RM188.00 RM37.60

Walaupun permainan yang ditawarkan bukanlah permainan yang baru, namun ia adalah senarai permainan yang menarik dengan tawaran harga yang sangat murah bagi mereka yang masih belum membeli permainan-permainan yang disenaraikan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan yang ditawarkan dengan harga rendah di PSN Store.

Promosi Jualan : PSN Store