Skip to main content

Pada Julai lepas, Arc System Works mengumumkan bahawa permainan perlawanan terbaru BlazBlue Cross Tag Battle sedang dibangunkan oleh mereka, selain permainan Dragonball FighterZ. Kini, Arc System Works akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan tersebut iaitu pada 31 Mei ini buat pasaran Asia.

Selain itu, Arc System Works juga mengumumkan DLC watak pertama buat permainan tersebut iaitu Blake Belladonna daripada RWBY. Menurut Arc System Works, mereka akan menyertakan 20 watak yang boleh dimainkan melalui teras permainan tersebut dan lagi 20 watak DLC akan diumumkan secara berperingkat.

Tambahan juga, Arc System Works mengumumkan permainan edisi terhad yang menyertakan sebilangan kandungan tambahan buat konsol Playstation 4 dan juga Nintendo Switch.

BlazBlue Cross Tag Battle merupakan permainan yang dibangunkan oleh Arc System Works. Ia merupakan permainan perlawanan yang memcampurkan beberapa francais, seperti BlazBlue, Under Night In-Birth, Persona 4 Arena dan RWBY. Menurut Arc System Works, ia bakal tiba pada 31 Mei ini di konsol Playstation 4, Switch dan PC.

Leave a Reply