THQ Nordic hari ini mengumumkan permainan Rad Rodgers bakal tiba di Playstation 4 dan Xbox One bermula 21 Februari ini. Ia asalnya dilancarkan di Steam pada 2016 lepas.

Rad Rodgers merupakan permainan platformer yang memfokuskan bentuk permainan platformer daripada era 90an. Menurut THQ Nordic, permainan ini, akan tiba secara rasmi ke konsol pada 21 Februari ini dengan pelbagai kandungan tambahan. Mereka juga akan mengemaskini versi PC secara percuma pada tarikh yang sama.

Bagi anda yang meminati siri platformer klasik seperti Conker, anda boleh mendapatkan permainan ini di konsol bermula 21 Februari. Bagi anda yang berminat untuk bermainnya di PC, permainan ini sudah dilancarkan pada 2016 lepas melalui Steam dengan harga RM27.

Sohor Kini