Bagi anda yang meminati permainan perlumbaan rali, Deep Silver dan Bigmoon Entertainment hari ini baru sahaja mengumumkan permainan perlumbaan terbaru, iaitu DAKAR 18. Permainan ini dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC.
DAKAR 18 merupakan permainan perlumbaan rali yang berdasarkan perlumbaan rali tahunan di Amerika selatan oleh Amaury Sport Organisation. Menariknya juga, perlumbaan rali tersebut menyertakan pelbagai kenderaan seperti motosikal, kereta, trak, motosikal quad dan SxS. Pemain juga berpeluang untuk berluma secara multi-pemain melalui atas-talian dan juga luar-talian.
Deep Silver masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan juga tarikh pelancarannya. Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsi selepas Deep Silver mengumumkannya kelak.