Permainan Star Wars Battlefront II dilancarkan akhir tahun lalu dan menerima reaksi negatif dari peminat. Ia dikatakan permainan bayar untuk menang menggunakan sistem kotak tikam walaupun dijual pada harga yang mahal. Akibatnya Battlefront II diboikot ramai pemain. Bagi mereka yang masih ingin sebuah FPS Star Wars tetapi tidak mahu membelanjakan wang, permua Star Wars : Rival telah diumumkan untuk iOS dan Android.
Permainan PVP dari sudut pandangan ketiga ini memberikan pemain peluang mengawal tiga watak utama Star Wars. Setiap satu mempunyai corak permainan dan serangan khusus. Pemain boleh mengumpul watak-watak dari siri Star Wars dengan bermain atau menerusi kotak tikam yang dibeli menggunakan wang sebenar. Mereka kemudian boleh bertarung secara PVP dengan pemain lain bagi menunjukkan kehebatan masing-masing. Star Wars : Rivals boleh dimuat turun percuma dengan sokongan pembelian di dalam aplikasi.
[download] Muat turun Star Wars : Rivals dari Apple App Store [/download] [download] Muat turun Star Wars : Rivals dari Google Play [/download]