Informasi Permainan Video Terkini
Ys VIII: Lacrimosa of Dana Akan Dikeluarkan Untuk PC Pada 30 Januari
PC

Ys VIII: Lacrimosa of Dana Akan Dikeluarkan Untuk PC Pada 30 Januari

Diterbitkan pada Jan 11, 2018 oleh .

Ys VIII: Lacrimosa of Dana merupakan permainan paling baru dalam siri Ys akan dikeluarkan untuk PC pada 30 Januari ini.  Permainan ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation Vita pada 12 September tahun lepas.

Pada tarikh yang sama kemaskini terbaru juga akan diterima untuk permainan ini di PlayStation 4 dan PlayStation Vita. Kemaskini akan menambah-baik penyetempatan dari segi skrip dan juga lakonan suara.

Ys VIII: Lacrimosa of Dana merupakan permainan aksi JRPG yang dibangunkan oleh Nihon Falcom dan dikeluarkan oleh NIS. Ys VIII: Lacrimosa of Dana merupakan siri kelapan daripada siri permainan Ys yang mula dilancarkan sejak tahun 1987. Permainan ini meletakkan pemain sebagai watak Adol Christin dimana anda akan mengembara bersama beliau disamping menyelesaikan misteri di dalam dunia tersebut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ys VIII, permainan ini boleh di pra-tempah di Steam dengan harga RM105.00.


TIPS & ULASAN