Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup Sea Of Thieves Bermula 24 Sehingga 29 Januari
PC

Beta Tertutup Sea Of Thieves Bermula 24 Sehingga 29 Januari

Diterbitkan pada Jan 10, 2018 oleh .

Permainan simulasi lanun, Sea Of Thieves yang bakal tiba 20 Mac 2018 ini kini akan mengadakan beta tertutup bermula 24 sehingga 29 Januari ini. Namun, beta tertutup tersebut hanyalah boleh diakses bagi mereka yang membuat pra-tempahan permainan tersebut melalui PC ataupun Xbox One.

Sea Of Thieves adalah permainan pengembaraan dunia terbuka perkongsian dimana pemain akan mengawal sebagai seorang lanun. Pemain dan 3 lagi rakan lain, berupaya untuk memburu harta karun, berperang dengan lanun lain dan mengembara di dalam dunia terbuka tersebut sebagai lanun yang berlayar bersama kapal.

Sea Of Thieves bakal dilancarkan di PC dan Xbox One pada 20 Mac 2018 ini. Bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan dan mencuba permainan ini melalui beta tertutup, anda boleh melayari laman rasmi Sea Of Thieves di bawah.

Laman Beta Tertutup : Sea Of Thieves

 


TIPS & ULASAN