Pada Disember lepas, Bandai Namco mengumumkan bahawa beta terbuka permainan Dragonball FighterZ akan bermula pada 14 Januari ini. Kini Bandai Namco akhirnya berkongsi senarai watak yang boleh dimainkan ketika beta tersebut berlangsung.
¡Elige tu equipo para la Open Beta de Dragon Ball FighterZ con 11 personajes, 7 escenarios y varios modos de juego! Las reservas digitales tienen acceso de 13/1 9AM CET a 16/1 9AM CET.
El resto de 14/1 9AM CET a 16/1 9AM CET. https://t.co/QH2bUU2cI8 #DBFighterzBETA pic.twitter.com/lX9JBrALxi— Bandai Namco España (@BandaiNamcoES) January 9, 2018
Menurut senarai yang dikongsikan oleh Bandai Namco, terdapat 11 watak yang boleh dimainkan. Antara wataknya ialah:
- Nappa
- Vegeta
- Goku
- Piccolo
- Krillin
- Cell
- Android 18
- Frieza
- Beerus
- Kid Buu
- Gohan (Adult)
Beta terbuka tersebut akan bermula pada 14 sehingga 16 Januari sahaja. Namun, bagi anda yang membuat pra-tempahan permainan tersebut, anda berpeluang untuk mencubanya lebih awal bermula 13 Januari. Beta tersebut juga hanyalah boleh dimainkan melalui konsol Playstation 4 dan Xbox One sahaja.
Dragonball FighterZ bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.