Informasi Permainan Video Terkini
The Vanishing of Ethan Carter Akan Dilancarkan Di Xbox One Pada 19 Januari Ini

The Vanishing of Ethan Carter Akan Dilancarkan Di Xbox One Pada 19 Januari Ini

Diterbitkan pada Jan 6, 2018 oleh .

Pembangun permainan The Astronauts akhirnya akan melancarkan permainan The Vanishing of Ethan Carter buat konsol Xbox One bermula 19 Januari ini. Permainan tersebut akan disertakan dengan sokongan resolusi 4k buat konsol Xbox One X dan juga mod terbaru penerokaan secara bebas.

Mod penerokaan secara bebas akan membenarkan pemain untuk meneroka dan mengembara di kawasan terbuka Red Creek Valley dimana pemain berupaya untuk menikmati permandangan yang terdapat di dalam permainan tersebut tanpa sebarang gangguan tempat kejadian jenayah dan sebagainya. Menariknya, mod ini mungkin akan disertakan secara kemaskini bagi mereka yang mempunyai permainan ini di PC jika terdapat permintaan daripada peminat.

The Vanishing of Ethan Carter asalnya dilancarkan di PC dahulu pada 2014 yang lepas diikuti versi Playstation 4 pada 2015. Ia merupakan permainan seram mengembaraan dunia terbuka dimana pemain akan meneroka dunia permainan tersebut dan menyelesaikan misteri jenayah yang terdapat di dalam permainan tersebut.


TIPS & ULASAN