MX vs ATV merupakan permainan perlumbaan yang memfokuskan kenderaan motocross dan ATV dimana ia dibangunkan oleh Rainbow Studios dan dilancarkan oleh THQ Nordic. Kini, setelah empat tahun sejak pelancaran permainan MX vs ATV Supercross pada 2014 lepas, siri permainan tersebut bakal kembali dengan nama MX vs ATV All Out.

MX vs ATV All Out dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 27 Mac 2018 ini. Menurut THQ Nordic, bagi mereka yang membuat pra-tempahan bagi permainan tersebut, pemain akan memperoleh Champion’s Pass yang mana ia akan menyertakan akses untuk kelengkapan kenderaan di dalam permainan tersebut yang bernilai 100,000 Moto Coins.

Tambahan juga, bagi mereka yang membuat pra-tempahan secara digital, pemain berpeluang untuk mencuba permainan tersebut lebih awal sebanyak empat hari bermula 23 Mac.

MX vs ATV All Out merupakan permainan perlumbaan yang mana kini ia mempunyai pelbagai fungsi terbaru berbanding siri permainan MX vs ATV sebelum ini seperti sokongan untuk bermain multi-pemain secara atas-talian sebanyak 16 pemain. Pemain juga berpeluang untuk mengubah-suai kenderaan masing-masing bersama berlumba dengan pelbagai aksi-aksi secara bebas.

MX vs ATV All Out akan dilancarkan pada 26 Mac 2018 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini