Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Dragonball FighterZ
PC

Ini Adalah Keperluan Spesifikasi PC Untuk Dragonball FighterZ

Diterbitkan pada Jan 6, 2018 oleh .

Dengan pelancaran permainan perlawanan Dragonball FighterZ yang semakin hampir, Bandai Namco hari ini akhirnya berkongsi specifikasi PC buat permainan tersebut.

Seperti yang diperlihatkan spesifikasi permainan tersebut dibawah, ia tampaknya tidak memerlukan spesifikasi yang tinggi dan bagi anda yang mempunyai PC yang spesifikasi yang agak rendah, anda pasti akan menyukai permainan ini.

Spesifikasi Dragonball FighterZ
Pemproses Paling Minimum Intel core i5-3470, 3.20 GHZ
AMD FX-4350, 4.2 GHz
Pemproses Disarankan Intel Core i7-3770, 3.40 GHz
AMD Ryzen 5 1400, 3.2 GHz
Kad Grafik Paling Minimum GeForce GTX 650 Ti, 1GB DirectX 11
Radeon HD 6870, 1GB
Kad Grafik Disarankan GeForce GTX 660, 2GB DirectX 11
Radeon HD 7870, 2GB
RAM Paling Minimum 4 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan Belum Diumumkan
Sistem Operasi Windows 7/8/10 64-bit

Dragonball FighterZ ialah permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 Januari 2018 ini khas buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Permainan tersebut sudah boleh dipra-tempah dimana-mana pengedar rasmi permainan tersebut termasuklah secara digital melalui PSN Store, Microsoft Store dan Steam.


TIPS & ULASAN