Informasi Permainan Video Terkini
Blade Runner 9732 – Terokai Pangsapuri Deckard Dari Filem Blade Runner Melalui Realiti-Maya
PC

Blade Runner 9732 – Terokai Pangsapuri Deckard Dari Filem Blade Runner Melalui Realiti-Maya

Diterbitkan pada Jan 4, 2018 oleh .

Bagi peminat Blade Runner, anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meneroka pangsapuri watak Deckard daripada filem tersebut secara realiti-maya dimana seorang pembangun permainan, Quentin Lengele berjaya menghasilkan semula pangsapuri tersebut dengan secara terperinci.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencuba permainan ini dan menerokai pangsapuri Deckard secara realiti-maya melalui HTC Vive. Quentin Lengele juga menyediakan permainan tersebut secara penembak pandang pertama seperti biasa bagi mereka yang tidak mempunyai set kepala realiti-maya HTC Vive.

Ketika artikel ini ditulis, permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada di Steam pada 8 Januari ini. Namun bagi mereka yang berminat untuk mencubanya sekarang, Quentin Lengele melancarkan secara percuma melalui laman rasmi permainan tersebut.

Laman Rasmi : Blade Runner 9732