Ketika pelancaran filem Star Wars Episode VII The Force Awakens 2015 lepas, watak filem Star Wars tersebut dipaparkan di dalam rancangan Undercover Boss dimana Kylo Ren menyamar sebagai juruteknik Radar yang bernama Matt dimana beliau ingin mengintip pekerja-pekerjanya di pangkalan Star Killer.

Kini, dua pembangun mod permainan GameTSF dan ricksterlol telah melancarkan mod kostum watak tersebut secara percuma buat permainan Star Wars: Battlefront II.

Menariknya, mod ini juga menyertakan dua kemahiran buat watak Kylo Ren iaitu Force Choke dan Force Push. Namun, mod ini hanyalah boleh dimainkan melalui mod arked di dalam permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba mod kostum ini, anda boleh muat-turunnya di laman Nexus Mod dan menggunakannya di permainan Star Wars: Battlefront II melalui PC.

Muat-Turun : Juruteknik Radar Matt

Sohor Kini