Informasi Permainan Video Terkini
Newer Super Mario Bros. DS – Mod Permainan Mario Oleh Peminat Dengan 80 Peringkat Baru

Newer Super Mario Bros. DS – Mod Permainan Mario Oleh Peminat Dengan 80 Peringkat Baru

Diterbitkan pada Jan 3, 2018 oleh .

Antara permainan Super Mario Bros. kesukaan kami mestilah New Super Mario Bros. DS yang dilancarkan pada 2006 lepas di konsol mudah-alih Nintendo DS. New Super Mario Bros. DS juga merupakan salah satu siri permainan Super Mario Bros. yang pertama menggunakan konsep 2.5D dan bentuk permainan tersebut kekal sehinggalah ke permua Super Mario Run yang dilancarkan 2016 lepas.

Kini, sekumpulan peminat siri permainan tersebut, NewerTeam melancarkan mod pernambahan terbaru buat permainan tersebut dengan nama Newer Super Mario Bros. DS yang menyertakan sehingga 80 peringkat baru buat permainan tersebut.

Selain pernambahan dari segi peringkat kawasan, pembangun mod tersebut juga menyertakan sebilangan kemaskini terbaru buat permainan tersebut termasuklah barangan baru buat Mario dan juga muzik latar baru.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba mod ini, anda boleh memuat-turunnya secara percuma dengan melayari laman rasmi NewerTeam tersebut dan mengemaskininya melalui aplikasi yang tersedia di rom permainan tersebut. Anda boleh mainkannya melalui konsol Nintendo DS melalui katrij kilat mahupun sebarang pelagak konsol Nintendo DS di PC.

Ketika artikel ini ditulis, Nintendo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan permainan tersebut dimana sebelum ini mereka sering memberhentikan pelancaran permainan peminat seperti siri Metroid dan Pokemon tahun lepas.

Muat-Turun : Newer Super Mario Bros. DS


TIPS & ULASAN